Bersama Menuju Ke Peringkat Tertinggi

SMK PESANTREN

ABDUL TAIB MAHMUD, SADONG JAYA

VISI – “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

MISI – “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

 

Logo Sekolah

Warna Hijau
Melambangkan keindahan alam sekitar SMK PATMa yang masih dikelilingi kehijauan semulajadi dan menjadi pilihan utama pendidikan meramgkumi aspek sahsiah, akademik dan Kokurikulum.

Warna Kuning
Melambangkan pekerti dan maruah SMK PATMa yang sentiasa terpelihara dari segala unsur yang tidak diingini demi memelihara keharmonian warganya.

Warna Merah
Melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan warga SMK PATMa dalam memartabatkan nama baik sekolah.

Perisai
Melambangkan perpaduan, keutuhan dan ketegasan warga SMK PATMa dalam menjaga keselamatan harta benda dan warganya.

Mata Pena
Menitikberatkan pemupukan budaya ilmu dalam kalangan  warga SMK PATMa khususnya pelajar.

Obor
Melambangkan semangat yang menyala dan berkobar-kobar  untuk terus maju , bersedia untuk bersaing dan sentiasa mengambil bahagian dalam apa jua bidang.

Gear
Melambangkan kesungguhan dan sentiasa aktif dalam Kokurikulum agar dapat menguasai pelbagai kemahiran seiring dengan perkembangan dunia globalisasi.

Dua Buah Buku yang terbuka diibaratkan sebagai anak didik SMK PATMa  yang bersedia menerima seberapa banyak ilmu pengetahuan, menghormati guru , berdikari, berbudi pekerti  tinggi dan berakhlak mulia.

LAGU SEKOLAH

Pesantren pesantren Abdul Taib Mahmud
Bergerak maju tak pernah surut
Meneroka ilmu segala bidang
Pilihan utama pendidikan

Ayuh ibubapa guru dan pelajar
Hadapi perubahan mencabar
Berlandaskan iman, ilmu dan amal
Kerja bersama yang kekal

Kami sedia berkhidmat
Demi mencapai matlamat
Ilmu dunia, ilmu akhirat
Hidup sejahtera selamat

Sejarah

Pesantren Abdul Taib Mahmud

Pesantren Abdul Taib Mahmud diasaskan oleh Haji Magu bin Haji Abdullah, seorang penduduk tempatan yang mengajar Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah di kediamannya pada tahun 1965. Kemudian sebuah Madrasah dibina bagi memenuhi dan menampung minat pelajar yang kian bertambah dari tahun ke tahun. 

Pada tahun 1971, ia dinamakan Madrasah Abdul Taib Mahmud bagi mengenang jasa Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang cukup prihatin dan memberi sokongan padu terhadap penubuhan madrasah berkenaan. Ketika itu, beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pentadbirannya diurus oleh Lembaga Amanah Khairat Abdul Taib Mahmud yang dipengerusikan oleh Ybhg. Tuan Haji Wan Abdul Wahab, Mantan ADUN N.18, Sadong Jaya. 

Pada tahun 1989, bangunan-bangunan yang lebih besar dan kukuh meliputi sebuah blok pentadbiran, dua blok dewan kuliah, masjud dan dewan makan dibina di atas sebidang tanah seluas 98 ekar di Kampung Iboi Ulu. Nama Madrasah ditukar kepada Pesantren Abdul Taib Mahmud pada 2 September 1991. Pada tahun 1991, PATM telah menerima kemasukan pelajar pertamanya. Pada tahun 1999, PATM didaftar di Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak sebagai Institusi Pendidikan Swasta. 

Pada 27 Disember 2004, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani di antara kerajaan persekutuan yang diwakili oleh Yang Berhormat Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein dan Majlis Agama Islam Sarawak diwakili oleh Ybhg. Datu Haji Putit bin Matzen untuk menjadikan PATM sebagai sebuah sekolah menengah bantuan. Dengan termeterainya memorandum ini, PATM sebagai sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Pesantren Abdul Taib Mahmud yang mula beroperasi pada 16 November 2005.

Tanggal 15 Ramadhan 1432H, satu lagi memorandum persefahaman telah ditandangani di antara Kementerian Pelajaran Malaysia yang diwakili Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Ybhg. Dato’ Dr. Rosli bin Mohamad dan Majlis Agama Islam Sarawak diwakili oleh Ybhg. Datu Haji Putit bin Matzen untuk menjadikan SMK PATM sebagai sebuah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Kemasukan kumpulan pelajar pertama Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah bermula pada tahun 2012.

SMK PESANTREN

PROGRAM DAN AKTIVITI SEKOLAH TERKINI

PROGRAM BULAN BAHASA 2023

PROGRAM BULAN BAHASA 2023

ANJURAN BERSAMA  : BIDANG BAHASA DAN BIDANG PENDIDIKAN ISLAM

TARIKH : 04 -30 OKTOBER 2023

PROGRAM NILAM 2023

MASA : 650 – 700 PAGI (SETIAP HARI ISNIN)

AKTIVITI :  BACAAN 10 MINIT

TEMPAT :  DATARAN SMK PESANTREN ABDUL TAIB MAHMUD

PROGRAM PANITIA BAHASA MELAYU

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU KERTAS 1 SPM 2023

TARIKH : 23 SEPTEMBER 2023/SABTU

MASA :  800 – 1130 PAGI

TEMPAT :  DEWAN SRI LAILA

PROGRAM PANITIA BAHASA INGGERIS

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS SPM 2023

TARIKH : 1-2 DISEMBER 2023 /JUMAAT-SABTU

MASA :  230-500 PETANG/ 800-1130 PAGI

TEMPAT :  DEWAN SRI LAILA

SUKAN TARA 2023

AKTIVITI : SUKAN TARA 2023

TARIKH :  14 DISEMBER 2023

TEMPAT :  PADANG SMK PESANTREN ABDUL TAIB MAHMUD

KEHADIRAN : MURID TINGKATAN 1 HINGGA 3

KELAB BAHASA ARAB

AKTIVITI :  EXPLORACE

KELAB SPBT

AKTIVITI :  MEREKA PENANDA BUKU

UNIT BADAN BERUNIFORM

PENGAKAP
AKTIVITI : MEMBINA GAJET

Hubungi Kami

Lokasi: SMK PESANTREN ABDUL TAIB MAHMUD, SADONG JAYA, 94600 ASAJAYA, SARAWAK

Telefone: 011-65722789

Email: pesantren_atm@yahoo.com